Berita UtamaDunia

Turki akhirnya sokong Sweden, Finland sertai NATO

Ketiga-tiga negara tandatangani memoramdum tangani ancaman secara bersama

ANKARA, 29 Zulkaedah 1443H, Rabu – Turki akhirnya bersetuju memberi sokongan sepenuhnya kepada Sweden dan Finland menyertai anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sebelum ini, kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan enggan memberi persetujuan negara Scandinavian menyertai NATO, sekali gus menyebabkan permohonan berkenaan tergantung dalam tempoh lama.

Turki mendakwa kedua-dua negara menyokong keganasan dan melindungi militan yang dikehendaki oleh Ankara atas tuduhan keganasan.

Setiausaha Agung NATO, Jen Stoltenberg berkata, Sweden bersetuju untuk meningkatkan usahanya mengenai permintaan ekstradisi Turki terhadap kumpulan militan.

Dua negara Nordik juga akan menarik sekatan mengenai penjualan senjata kepada Turki.

Presiden Finland, Sauli Niinisto berkata, ketiga-tiga negara telah menandatangani memorandum untuk memberikan sokongan penuh mereka terhadap ancaman dan keselamatan antara satu sama lain.

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/06/20/turki-digesa-henti-sekat-finland-sweeden-sertai-nato/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button