Tarbiyah

Besarkan makna tauhid

Martabat dan darjat cahaya hanya Allah sahaja yang tahu

KATA-kata Ibnu Qayyim RHM:

“Ketahuilah cahaya La Ilaha Illlallah akan menghapuskan kotoran dosa dan kesannya berkadaran dengan kekuatan cahaya itu atau lemahnya ia. Martabat dan darjat cahaya itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Ada kalangan manusia yang cahaya ‘tauhidnya’ itu seperti matahari, ada seperti bulan, ada pula seperti bintang, hinggalah ada yang hanya menjadi seperti lampu malap.

Pada hari kiamat nanti akan terzahirlah cahaya-cahaya itu berkadaran dengan apa yang dilakukannya di dunia.

Artikel berkaitan

“Sekiranya kuatnya cahaya itu, dia akan menghapuskan ‘syahwat’ dan ‘syubhat’ yang dilalui itu berkadaran dengan kekuatannya, hinggalah ia boleh sampai kepada suatu tahap yang akan menghapuskan apa sahaja dosa dan syubhat yang melaluinya. Inilah perihal seorang yang benar dalam tauhidnya” – Madarij As-Salikin (1/338)

Maka besarkan makna tauhid itu dalam diri dan jiwa, segala yang menghalangmu dalam jalan menuju-Nya akan sirna, samada ia menghapus dosa yang menutup pintu-pintu hati, atau menyinar kegelapan jiwa di dalam kesesatan syubhat.

Keyakinan yang tinggi, akan menunjuk jalan menuju Tuhan. Kejelasan jalan itu, bergantung kepada tingginya nilai keyakinan. Keyakinan yang hidup itu yang akan menghidupkan.

Maka sembahlah Tuhanmu hingga datang kepadamu ‘keyakinan’” – Surah Al-Hijr

Ustaz Syamil Esa

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button