Berita UtamaDunia

Kanak-kanak Palestin serah surat sepanjang 100m, senarai pencabulan Israel

Ramai tahanan tidak dibenar terima lawatan ahli keluarga

BAITULMAQDIS, 30 Zulkaedah 1443H, Khamis – Dalam usaha mendedahkan penderitaan keluarga, kanak-kanak tahanan Palestin di penjara Israel menyampaikan surat sepanjang 100 meter kepada pegawai Palang Merah di bandar Gaza yang menggariskan pencabulan pihak pendudukan Zionis terhadap tahanan.

Menerima surat berkenaan, Timbalan Pengarah Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Gaza, Nicholas Gerard berkata, beliau merasakan penderitaan dan kesakitan yang dilalui oleh kanak-kanak apabila mereka berpisah dengan orang tersayang.

Surat itu diserahkan kepada ICRC kerana ia sebelum ini telah memudahkan lawatan ahli keluarga kepada tahanan Palestin di penjara Israel sejak 1968.

“Aktiviti ini adalah paling penting kepada ICRC dan kami meletakkan segala usaha untuk dapat melaksanakan misi ini,” kata Gerard.

Pada masa ini, terdapat enam banduan Palestin melaksanakan mogok lapar, membantah syarat penahanan mereka, manakala lebih 4,700 warga Palestin ditahan di penjara pendudukan.

Ramai yang tidak dibenarkan menerima lawatan ahli keluarga atau ditahan dalam kurungan bersendirian untuk tempoh yang lama.

Amnesty International menyifatkan dasar penahanan pentadbiran Israel sebagai tindakan kejam dan tidak adil yang membantu mengekalkan sistem apartheid Israel terhadap rakyat Palestin.

Terdahulu, lawatan digantung selama dua tahun kerana COVID-19, bagaimanapun telah disambung semula sejak Mac.

Sejak itu, perwakilan ICRC melawat tahanan Palestin di penjara Israel termasuk mereka yang mogok lapar.

Mereka memastikan keluarga dapat berhubung melalui mesej Palang Merah, ucapan lisan dan program lawatan keluarga ICRC, yang diselaraskan dengan pihak berkuasa Israel, jelas pertubuhan itu di laman sesawangnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button