Berita Utama

Kembali kepada al-Quran dan Sunnah, selesai perselisihan secara berhemah

Bibit perpecahan boleh ditangani jika umat Islam kembali pada ajaran paling asas

PETALING JAYA, 30 Zulkaedah 1443H, Khamis – Umat Islam dalam kalangan Keluarga Malaysia diingatkan untuk kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan ketika berhadapan perselisihan faham, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika, dan bibit-bibit perpecahan boleh ditangani sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran paling asas dengan berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah.

“Mukjizat al-Quran secara keseluruhan menyerlahkan semangat kesatuan dan antara falsafah kesatuan yang kerajaan pilih ialah Keluarga Malaysia yang bertepatan dengan ajaran dari al-Quran dan sunnah Rasulullah,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Syeikh Dr. Muhammad Abdul Karim Al-Issa.

Persidangan julung kali itu disertai delegasi serta tokoh agama dari 17 negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button