Berita UtamaDunia

Croatia akan usir beberapa diplomat Russia: Gordan Grlic

Tanda solidariti terhadap operasi ketenteraan khas Russia di Ukraine

ZAGREB, 6 Ramadan 1443H, Jumaat – Croatia akan mengusir beberapa diplomat Rusia tidak lama lagi, kata Menteri Luarnya Gordan Grlić Radman di luar sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels pada Khamis, lapor Agensi Berita Croatia HINA.

“Kami akan melakukannya tidak lama lagi, dan kami sedang mempertimbangkan sejauh mana ia akan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu adalah tanda solidariti terhadap operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.

“Isu ini mengenai peraturan dunia, prinsip yang telah dilanggar Russia.

“Seseorang tidak boleh membunuh orang awam tanpa dikenakan hukuman. Kita perlu bangkit mempertahankan diri, bersuara dan menggunakan segala cara yang ada bagi menghentikan serangan ini,” kata Radman.

Pada awal minggu ini, negara-negara Kesatuan Eropah dan NATO, termasuk Jerman, Perancis, Sepanyol serta Itali, memutuskan untuk mengusir diplomat Russia susulan laporan mengenai penemuan kubur besar dan pembunuhan orang awam di bandar Bucha, Ukraine, selepas pengunduran tenteranya baru-baru ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button