Berita UtamaDunia

Pemimpin Taliban gesa dunia henti kecam pentadbiran Afghanistan

Hibatullah muncul selepas seminggu tragedi gempa bumi ragut 1,000 nyawa

KABUL, 1 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Pemimpin Tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada menggesa masyarakat dunia supaya berhenti mengecam pentadbiran Afghanistan.

Beliau menegaskan, hanya undang-undang Islam sahaja menjadi model bagi sebuah negara Islam yang berjaya.

Hibatullah – yang tidak pernah muncul di khalayak umum sejak mengambil alih pentadbiran pada Ogos tahun lalu – berkata demikian ketika hadir ke perhimpunan ulama terbesar di negara itu.

Lebih 3,000 pengikutnya berhimpun sejak Khamis bagi menghadiri perhimpunan selama tiga hari itu, namun media dihalang untuk membuat liputan.

“Kenapa masyarakat dunia sering campur tangan dalam urusan negara kita,” soal beliau dalam ucapanya yang disiarkan melalui siaran radio tempatan.

Katanya, masyarakat dunia juga sering ‘mengajar’ pimpinan untuk membuat keputusan di atas pentadbirannya.

Ketika tiba untuk berucap di dewan mesyuarat, beliau disambut dengan sorakan dan laungan ‘Hidup Emiriah Islam Afghanistan’ termasuk nama Taliban untuk negara itu.

Pemimpin utama Taliban itu muncul kira-kira selepas seminggu tragedi gempa bumi di Afghanistan yang mengorbankan lebih 1,000 nyawa.

Dalam perhimpunan berkenaan yang dihadiri kaum lelaki sahaja turut membincangkan isu-isu penting termasuk pendidikan, hak wanita dan kanak-kanak.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button