Berita Utama

Rahmat Mohamad dilantik Pengerusi SUHAKAM

Agong perkenan lantikan 7 lagi anggota baharu bagi sesi 2022-2025

KUALA LUMPUR, 1 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Pakar perundangan dan hak asasi manusia Universiti Teknologi MARA Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Rahmat bersama tujuh lagi anggota baharu SUHAKAM bagi sesi 2022-2025 yang berkuat kuasa pada 22 Jun lepas telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata turut dilantik Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Dr Chew Chee Ming (Sarawak), Datuk Mary@Mariati Robert (Sabah), Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Abdul Rahim dan K. Ragunath.

“Semoga lantikan yang inklusif ini akan lebih memperkasakan SUHAKAM dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara,” katanya.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button