Berita Utama

9 hari Mat Kilau kutip RM32 juta

Kutipan sehari pada Jumaat cecah RM5.1 juta

BANGI, 2 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Selepas sembilan hari ditayangkan, filem pecah panggung, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih RM32 juta.

Pengarahnya, Syamsul Yusof berkongsi mengenai jumlah kutipan terbaru itu di Instagram miliknya hari ini.

Menurut beliau, meskipun semalam hari bekerja, kutipan tiket pada Jumaat mencecah RM5.1 juta dalam masa satu hari.

“Total box office of 32 milion in 9 days,” katanya.

Terdahulu, Syamsul menjangkakan filem itu boleh mencecah atau lebih RM40 juta pada hujung minggu ini.

Filem Mat Kilau – yang mula ditayangkan sejak 23 Jun lalu – menjadi filem epik Melayu yang berjaya pecah panggung selain dilihat mampu mengatasi filem kutipan tertinggi di Malaysia iaitu Munafik 2 juga arahan Syamsul.

Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyifatkan filem epik Mat Kilau yang menjadi fenomena ketika ini berjaya membangkitkan semangat jati diri Islam.

Ia selepas filem inspirasi sejarah pahlawan Melayu itu terus mencipta sejarah apabila meraih kutipan lebih RM20 juta selepas seminggu ditayangkan.

Bangga dan kagum dengan sambutan filem itu, beliau berkata, unsur nasihat serta ikatan ukhwah yang kuat dirangkum di dalam Mat Kilau membawa mesej dakwah kepada masyarakat.

Pautan terdahulu
https://ismaweb.net/2022/06/30/menteri-agama-ucap-tahniah-pada-penerbit-mat-kilau-kagum-kutipan-lebih-rm20-juta/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button