Berita Utama

KPDNHEP perlu konsisten kekang penyelewengan barang keperluan

RM27.23 juta nilai rampasan babitkan pelbagai kesalahan sejak 2018

BANGI, 2 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Masalah penyelewengan barang kawalan dan keperluan harian yang semakin merunsingkan perlu ditangani menerusi pendekatan tuntas dan menyeluruh.

Ia selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan 1,773 kes dengan nilai rampasan RM27.23 juta membabitkan pelbagai kesalahan penyelewengan barang kawalan dan subsidi sejak 2018 hingga Mei lalu.

Serentak itu, Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad mendesak supaya kementerian segera lipat gandakan penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti penyelewengan dapat dibanteras.

“Diharapkan KPDNHEP terus konsisten mengekang aktiviti penyelewengan yang semakin kerap berlaku.

“Mana tidaknya apabila sebanyak RM27.23 juta nilai rampasan melibatkan pelbagai aktiviti penyelewengan barang kawalan dan subsidi telah direkodkan sejak 2018,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button