Berita UtamaDunia

Israel ganas serang ladang ayam di Syria

Damsyik dakwa Tel Aviv lancar 'pencerobohan udara'

SANAA, 2 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Kementerian Pertahanan Syria melaporkan serangan rejim haram Israel di selatan Tartous pada Sabtu mencederakan dua orang awam.

Damsyik mendakwa Tel Aviv melancarkan ‘pencerobohan udara’ dari seberang Mediterranean, barat bandar Tripoli di utara Lubnan, dengan beberapa peluru berpandu menyasarkan ke selatan Tartous.

“Musuh Israel melakukan serangan udara pada kira-kira 6:30 pagi berhampiran bandar al-Hamidiyah.

“Serangan itu mengakibatkan kecederaan dua orang awam, termasuk seorang wanita,” kata kementerian itu, mengenal pasti lokasi yang dilanda sebagai ladang ayam, tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Tiada reaksi segera daripada Israel mengenai serangan berkenaan.

Walaupun Israel jarang mengulas mengenai serangan individu, negara penjajah itu telah mengakui melakukan ratusan serangan udara di Syria sejak perang saudara meletus pada 2011.

Katanya, serangan itu kononnya perlu untuk menghalang saingan serantau Iran.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, kemudahan yang disasarkan itu sebelum ini digunakan untuk memelihara haiwan ternakan, namun kini digunakan oleh Hizbullah Lubnan – sekutu Presiden Syria Bashar al-Assad.

Iran yang juga sekutu Assad, mengutuk serangan udara Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button