Berita UtamaDunia

Jangkitan cacar monyet meningkat 3 kali ganda di Eropah

Hampir 90 peratus daripada semua kes yang disah di makmal

MOSCOW, 2 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Bilangan kes cacar monyet di Eropah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, melepasi 4,500 kes.

Dilaporkan, kebanyakan kes dikesan dalam kalangan mereka berumur 21 hingga 40 tahun, lapor Sputnik.

“Wilayah Eropah mewakili hampir 90 peratus daripada semua kes yang disahkan di makmal dan di peringkat global sejak pertengahan Mei.

“Terdapat enam negara dan kawasan baharu – menjadikan jumlah keseluruhan kepada 31 – telah melaporkan kes cacar monyet,” kata Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata majoriti jangkitan dikesan melibatkan mereka berumur  21 hingga 40 tahun, dengan 99 peratus daripadanya lelaki, kebanyakannya pernah melakukan hubungan homoseksual.

Setakat ini, WHO belum menerima sebarang data mengenai kematian akibat jangkitan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button