Berita Utama

Keputusan tawaran ke Tingkatan 6 7 Julai

Rayuan boleh dikemuka secara online sehingga 24 Julai

BANGI, 2 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Sehubungan itu, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Bagi murid lepasan SPM 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

“Murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

“Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing,” kata KPM dalam kenyataan, hari ini.

Kementerian berkata, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.

Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

“Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

“Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button