Berita UtamaDunia

Suruhanjaya mohon bedah siasat punca kematian tahanan wanita di penjara Zionis

PM Palestin desak semua tahanan terutama wanita uzur dibebaskan

RAMALLAH, 3 Zulhijjah 1443H, Ahad – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Banduan Palestin mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Majistret Haifa untuk melakukan bedah siasat ke atas jenazah Saadia Farajallah.

Beliau adalah wanita Palestin yang meninggal dunia dalam tahanan di Penjara Damon di negara haram Israel, semalam.

Saadia yang merupakan ibu kepada lapan anak berasal dari Idna, selatan Tebing Barat ditahan oleh tentera pengganas Zionis pada Disember lalu ketika wanita itu berada berhampiran Masjid Ibrahimi di Hebron.

Permohonan untuk mengadakan bedah siasat tersebut dihantar oleh wakil suruhanjaya, Dr Karim Ajwa yang menuntut siasatan dilakukan bagi mengenalpasti punca kematian dan membuat penyerahan jenazah kepada keluarganya.

Saadia dipercayai antara 230 orang rakyat Palestin yang meninggal dunia dalam tahanan penjara negara haram tersebut.

Malah, wanita itu merupakan salah seorang daripada 29 tahanan politik wanita yang dipenjarakan di Penjara Damon, berhampiran Haifa.

Tahanan paling tua bagi 29 banduan wanita Palestin di Penjara Damon ialah Maison Musa, wanita dari Baitulmaqdis yang dipenjarakan sejak 2015.

Sehingga kini, Maison masih menjalani hukuman penjara selama 15 tahun.

Awal pagi semalam, Saadia dilaporkan meninggal dunia tanpa diketahui punca ketika berada dalam tahanan.

Kematiaan berkenaan menyebabkan Perdana Menteri, Mohammad Shtayyeh menuntut rejim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya atas kematiannya.

Beliau menyeru jawatankuasa hak asasi manusia antarabangsa untuk membuka siasatan mengenai keadaan kematiannya dan mendesak pihak berkuasa negara haram tersebut membebaskan semua tahanan wanita termasuk yang berada dalam keadaan uzur. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button