Berita UtamaDunia

16 maut bas jatuh gaung di India

Lebih 110,000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap tahun

NEW DELHI, 4 Zulhijjah 1443H, Isnin – Sebuah bas yang membawa kira-kira 20 penumpang terbabas dari jalan dan terjatuh ke dalam gaung di utara India, hari ini mengorbankan 16 orang, termasuk pelajar sekolah.

Pentadbir kanan bagi daerah Kullu di negeri Himachal Pradesh, Ashutosh Garg memberitahu agensi berita Press Trust of India bahawa pekerja penyelamat mengeluarkan mangsa yang cedera parah dari serpihan kenderaan dan menghantar mereka ke hospital.

Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan responden cuba menyelamatkan mangsa yang terselamat daripada bas berwarna kuning yang remuk.

Punca sebenar nahas tidak diketahui dengan segera.

Kemalangan jalan raya yang membawa maut merupakan perkara biasa di India disebabkan oleh pemanduan melulu, jalan yang tidak diselenggara dengan baik dan kenderaan yang berusia.

Menurut polis, lebih 110,000 orang terbunuh setiap tahun dalam kemalangan jalan raya di seluruh India. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button