Berita UtamaDunia

Remaja Palestin mangsa ke-28 terbunuh di Jenin angkara Zionis

Kamal Alawna maut ditembak di perut, tangan kanan

RAMALLAH, 4 Zulhijjah 1443H, Isnin – Seorang remaja Palestin meninggal dunia semalam selepas ditembak tentera pengganas Israel ketika serbuan dibuat di sebuah bandar berhampiran Jenin pada malam sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Kamal Alawna, 17, cedera parah akibat ditembak di perut dan tangan kanannya ketika konfrontasi yang tercetus di Jabaa, selatan bandar Jenin di Tebing Barat pada malam Sabtu.

Pengarah Hospital Ibn Sina Jenin, Jani Abu Jukha berkata, Kamal tiba di hospital dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia kerana kecederaannya itu, menurut agensi berita Palestin Wafa.

Tentera Israel telah melakukan operasi serbuan dan tangkapan hampir setiap hari di Tebing Barat yang dijajah sejak Mac lalu – sehingga sering membawa kepada kecederaan atau pembunuhan rakyat Palestin.

Baru-baru ini, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin berusia 25 tahun ketika serbuan dilakukan di Jenin.

Kematian Kamal menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di wilayah Jenin setakat tahun ini kepada 28, termasuk wartawan veteran Shireen Abu Akleh, yang ditembak mati oleh tentera Israel pada Mei ketika membuat liputan serbuan tentera di kawasan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button