Dunia

Semua sekolah dibuka, Perancis ambil langkah berjaga-jaga

12.4 juta murid wajib patuhi SOP, pakai pelitup muka

PARIS, 14 Muharram 1442H, Rabu – Setelah berbulan-bulan mengenakan sekatan dan perintah berkurung akibat penularan wabak COVID-19, bermula semalam Perancis telah membuka semula sektor pendidikan dan pejabat dengan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP). 

Mewajibkan pemakaian pelitup muka, 12.4 juta murid sudah memulakan persekolahan sejak semalam, sementara 25.5 juta orang juga kembali bekerja di pejabat mereka. 

Menurut agensi Anadolu, pelitup muka diwajibkan kepada semua murid berusia lebih daripada 11 tahun – pelajar sekolah menengah dan ke atas.

Sejak Perancis terjejas teruk wabak pandemik itu, kerajaan telah melarang pelajar berada di dalam kelas, dan mengarahkan sesi pembelajaran diadakan di rumah masing-masing secara atas talian.

Menteri Pendidikan, Jean Michel berkata, semua sekolah termasuk di peringkat menengah dan kolej sudah dibuka. 

Michel turut memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa kerajaan bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga atas keputusan berkenaan. 

“Kami sudah bersedia. Saya memberitahu mereka jangan takut. Pendidikan adalah asas. Kita memerlukan sekolah,” katanya. 

Pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan pematuhan SOP seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka ke atas semua murid dan guru. 

Difahamkan, pemakaian pelitup muka adalah wajib walaupun di taman permainan. 

Bagaimanapun, mereka yang bekerja di pejabat tidak diharuskan memakai pelitup muka. Ia hanya diwajibkan bagi pekerja di ruang terbuka.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button