Berita Utama

Tiada bincang kumpulan sokong Ismail Sabri dalam pemilihan UMNO

Tak salah Muhyiddin minta pelantikan TPM tapi bergantung pada PM

KUALA LUMPUR, 4 Zulhijjah 1443H, Isnin –  Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada perbincangan mengenai barisan kepimpinan tertentu dalam parti yang  menyokong Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanding jawatan presiden parti itu.

“Kami tidak pernah membincangkan perkara ini, saya tahu ada orang yang menyebarkan barisan kepimpinan itu. Saya rasa kami mempunyai banyak masa untuk memikirkan semua perkara itu  tetapi kami tidak pernah duduk bersama dan membincangkan mengenai kedudukan barisan pemimpin dan pertandingan.

“… kami mempunyai masa yang amat terhad dan banyak tugas yang perlu dilaksanakan, “  katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai satu poster senarai kepimpinan baharu UMNO tersebar di media sosial yang dinamakan “Saf Kepimpinan UMNO Selepas Pemilihan”.

Poster itu antara lain memaparkan Ismail Sabri sebagai presiden dan Annuar sebagai timbalan presiden manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin sebagai naib presiden.

Annuar berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia Sempena Sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri seperti yang diutarakan  Pengerusi Perikatan Nasional (PN),Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Annuar berpandangan permintaan pelantikan itu tidak salah. 

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ia terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan.

“Saya rasa tak salah untuk meminta…tapi asasnya adalah pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri adalah prerogatif  Perdana Menteri,” katanya.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button