Berita UtamaDunia

UAE bina hospital lapangan di Afghanistan, bantu mangsa gempa bumi

75 katil, dua dewan bedah disediakan untuk bantuan kritikal dan rawatan kecemasan

KABUL, 4 Zulhijjah 1443H, Isnin – Sebuah hospital lapangan seluas 1,000 meter persegi mula dibangunkan di Afghanistan.

Hospital yang diwujudkan oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE) adalah sebahagian pakej bantuan kepada penduduk Afghanistan sejak tragedi gempa bumi melanda bulan lalu.

Hospital berkenaan akan memuatkan 75 katil, 20 silinder oksigen serta dua dewan bedah yang boleh menyediakan bantuan kritikal bagi mereka yang cedera dan memerlukan rawatan kecemasan, lapor agensi berita WAM.

Duta besar UAE ke Afghanistan, Eisa Aldhaheri berkata,cadangan untuk menubuhkan hospital lapangan adalah sebahagian daripada usaha UAE bertindak balas terhadap cabaran selain menyediakan perubatan segera.

Ia termasuk dikhususkan bagi memberi rawatan kepada mereka yang terkesan dengan kejadian gempa bumi.

Beberapa bantuan kemanusiaan telah dihantar ke Afghanistan daripada UAE selepas Presiden Sheikh Mohamed mengarahkan bantuan tambahan disalurkan segera terutama selepas kejadian gempa bumi.

Dalam tragedi berkenaan, kira-kira 1,150 terkorban menurut jumlah rasmi manakala lebih 2,000 yang lain dilaporkan cedera.

Lebih memilukan kira-kira 10,000 rumah musnah sepenuhnya dalam tragedi berkenaan.

Sehingga kini, ribuan penduduk masih memerlukan bantuan perubatan dan penjagaan selanjutnya – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button