Berita UtamaDunia

UNRWA nafi kekurangan bantuan makanan kepada pelarian di Gaza

Laporan tak tepat, bekalan cukup hingga akhir tahun

GAZA, 4 Zulhijjah 1443H, Isnin – Jurucakap Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (URNWA), Adnan Abu-Hasna menyangkal dakwaan kekurangan bantuan makanan untuk pelarian di Gaza.

“Laporan mengenai kekurangan bantuan makanan tidak tepat,” katanya sambil menegaskan bahawa bantuan makanan yang kini berada di gudang UNRWA cukup sehingga akhir tahun ini.

Kenyataan Abu-Hasna susulan dakwaan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) bahawa beliau mengumumkan UNRWA tidak akan dapat menyelesaikan program bantuan makanan pada akhir bulan ini.

Beliau juga menafikan bercakap kepada media mengenai isu berkenaan dan menekankan bahawa program bantuan makanan sedang berjalan.

Jurucakap itu juga berkata, UNRWA sedang bersiap sedia untuk membeli makanan bagi program bantuan tahun depan.

Mengenai gaji pekerja UNRWA pula, beliau berkata, tiada masalah dengan gaji bulan ini dan Ogos.

Katanya, Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini telah melawat lebih 60 negara di seluruh dunia bagi menggerakkan sokongan kepada badan antarabangsa itu.

Sebelum ini, UNRWA berkata, jurang antara defisit kewangan dan perbelanjaan telah dikurangkan, bagaimanapun agensi itu masih menghadapi cabaran kewangan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button