30 veteran Iran kenang tragedi pesawat ditembak peluru berpandu AS
ICAO gagal jalankan siasatan teknikal cari penyelesaian

TEHRAN, 5 Zulhijjah 1443H, Selasa – Kira-kira 30 tentera veteran Iran yang hilang upaya ketika perang Iran-Iraq melakukan aktiviti berenang sejauh 3.5 kilometer di Teluk Parsi sebagai mengingati tragedi pesawat ditembak peluru berpandu tentera Amerika Syarikat (AS) pada 1988.
Dalam tragedi menyayat hati, pesawat Iran 655 yang menuju Dubai di tembak peluru berpandu USS Vincennes, pada 3 Jun 1988 sebelum tenggelam ke Teluk Parsi dan kesemua 298 penumpang terkorban.
Selepas tembakan berlaku, tentera AS mengumumkan kapal perangnya menyasarkan tentera F-14 milik Iran namun tersalah menembak pesawat penumpang.
Republik Iran kemudian menulis surat kepada Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuntut mesyuarat tergempar diadakan berikutan kejadian tembakan pesawat 655.
Bagaimanapun Majlis Keselamatan PBB hanya mengeluarkan resolusi menyatakan kekesalan di atas kejadian tersalah tembak yang melibatkan pesawat penumpang.
Selain Majlis Keselamatan PBB dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Iran memfailkan aduan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), tetapi entiti berkenaan gagal membuat keputusan tanpa mempolitikkan keadaan.
ICAO sebaliknya bersikap sama dengan hanya menzahirkan kekesalan dan solidariti kepada keluarga mangsa dan bukannya menjalankan siasatan teknikal sebagai mencari penyelesaian kepada Majlis Keselamatan.
Walaupun tragedi berkenaan merupakan salah satu pelanggaran terbesar hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa dan undang-undang penerbangan dalam sejarah, namun kapten kapal perang dianugerahkan Legion of Merit. – Agensi