Berita Utama

Menu Keluarga Malaysia untuk penuntut IPT

Tawar menu makanan harga siling RM3.50 satu hidangan

BANGI, 5 Zulhijjah 1443H, Selasa – Kerajaan memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran koperasi dan kafeteria di institusi pengajian tinggi (IPT) serta mana-mana premis penjualan makanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling sebanyak RM3.50 untuk satu hidangan menerusi Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, usaha itu bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup dalam kalangan penuntut universiti.

“Kementerian Pengajian Tinggi juga memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan di kampus IPT.

“Tindakan itu supaya pengusaha makanan mampu menurunkan harga makanan yang dijual kepada pelajar.

“Pihak kerajaan akan berbincang dengan ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button