Berita Utama

Perjuangan pahlawan Melayu Mat Kilau perlu dijadikan iktibar

Kekuatan bangsa bila bersatu, berpegang teguh pada agama

BANGI, 5 Zulhijjah 1443H, Selasa – PAS Selangor akan terus menerajui politik perpaduan dan penyatuan ummah demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, keputusan Pilihan Raya-14 (PRU14) telah membangkitkan keinsafan bahawa masyarakat Melayu Islam di negeri itu perlu membina permuafakatan dan kesepakatan umum.

“Penyatuan tersebut dilihat sebagai perkara penting bagi mengelak pecah-belah selaras selain sebagai memenuhi tuntutan Islam.

“Kegagalan berbuat demikian hanya akan merugikan agama dan bangsa. Pengalaman dan perit getir pejuang dan pahlawan Melayu silam perlu dijadikan iktibar dalam mendepani cabaran kini,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau turut mengambil kisah perjuangan pahlawan Mat Kilau sebagaimana dipaparkan dalam filem “Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan” yang mendedahkan asas kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada keupayaan bangsa itu bersatu-padu dan berpegang teguh pada agama.

Atas dasar itu, Dr Ahmad Yunus berkata, nikmat persaudaraan yang dijanjikan Allah telah menjadi agenda utama PAS Selangor pada masa ini.

Katanya, kekuatan ummah tidak syak lagi akan menjamin keadilan buat semua termasuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Malah, kekuatan tersebut juga menjadi teras yang akan menjamin terbelanya nasib serta masa depan agama, bangsa dan tanah air.

Sebelum ini, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, PAS perlu terus memainkan peranan sebagai orang tengah dalam pergelutan politik negara yang berlaku sekarang.

Ini kerana, kuasa politik orang Melayu tidak boleh terjejas dan terancam akibat kelemahan pemimipin kita sendiri.

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/06/29/pas-jangan-mengalah-terus-jadi-orang-tengah-demi-penyatuan-ummah/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button