Berita Utama

Tak mustahil Mat Kilau cecah RM100 juta

Semangat bila tonton, daulatkan bangsa, agama dan tanah air

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 4 Zulhijjah 1443H, Isnin – Tidak mustahil filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan – yang menjadi fenomena tontonan setiap lapisan masyarakat ketika ini akan meraih kutipan RM100 juta.

Ini kerana, meskipun filem terbitan Studio Kembara lebih seminggu ditayangkan, ia masih mendapat sambutan menggalakkan daripada ramai pihak.

Dalam tempoh 11 hari selepas ditayangkan pada 23 Jun lepas, filem epik Melayu itu dikatakan telah mendominasi pawagam seluruh Malaysia bahkan berjaya meraih kutipan sebanyak RM47 juta.

Filem itu juga berada di kedudukan teratas sekali gus mengetepikan filem Hollywood lain dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial tidak menolak kemungkinan filem ini mampu ‘pergi jauh’ dan menjadi semangat kepada penerbit filem lain selepas ini untuk menghasilkan karya membabitkan tokoh pahlawan.

“Tahniah buat semua produksi Mat kilau semoga industri perfileman Malaysia lepas ini mempunyai lebih banyak karya yang berkualiti dan mendidik masyarakat,” kata Khairuzzaman Khairuddin.

“Memang terbaik Mat Kilau. Tak mengecewakan, sangat membakar semangat, terasa sungguh kita lalai dan leka dalam menghayati perundangan pahlawan dan pemimpin yang inginkan kebebasan dari dijajah yang mencabar kedaulatan bangsa, agama dan tanah tumpah sendiri,” kata Hajah Masnah.

Selain itu, Amr Razzaq menjangkakan penangan Mat Kilau yang mampu menarik setiap golongan untuk ke pawagam bakal mencatat kutipan RM100 juta.

“Kenapa aku rasa macam dapat cecah RM100 juta,” katanya.

“Tak mustahil boleh cecah RM80 juta. Tahniah. Terbaik,” itu pula kata Zulaila Ahmad.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button