Berita UtamaDunia

Tentera Sudan tak sertai perbicaraan politik

Tak halang peralihan demokrasi, benarkan bentuk kerajaan tenokrat

KHARTOUM, 5 Zulhijjah 1443H, Selasa – Tentera Sudan menarik diri daripada perbincangan politik sekali gus membenarkan kumpulan politik dan revolusi membentuk kerajaan peralihan.

“Angkatan tentera tidak akan menghalang peralihan demokrasi,” kata Jeneral Abdel Fattah al-Burhan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, mengesahkan komitmen tentera untuk berusaha ke arah pilihan raya di mana rakyat akan memilih siapa yang memerintah mereka.

Majlis berdaulat yang memerintah – diketuai oleh al-Burhan dan terdiri daripada anggota tentera dan awam – akan dibubarkan selepas pembentukan kerajaan baharu, katanya.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera baharu akan diwujudkan selepas pembentukan kerajaan.

Ia akan bertanggungjawab ke atas tugas keselamatan dan pertahanan serta tanggungjawab terkait sesuai dengan kesepakatan bersama kerajaan.

“Penarikan tentera daripada perbincangan politik bertujuan membenarkan kumpulan politik dan revolusi membentuk kerajaan teknokrat,” katanya.

Al-Burhan menyeru kumpulan itu untuk memulakan dialog segera dan serius yang membawa semua orang kembali ke laluan peralihan demokrasi.

Tentera akan komited untuk melaksanakan hasil dialog itu, katanya, walaupun beliau tidak menjelaskan sejauh mana peranan politik angkatan tentera akan ada pada masa hadapan.

Kenyataan jeneral itu selepas minggu mengerikan bagi gerakan prodemokrasi Sudan ketika protes besar-besaran menuntut penamatan pemerintahan tentera berterusan di kawasan Khartoum sejak Khamis.

Menurut Jawatankuasa Doktor Sudan – yang telah mengesan mangsa protes – sembilan orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 629 cedera oleh tindakan keras pasukan keselamatan terhadap demonstrasi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button