Dunia

Arab Saudi tambah 238 katil untuk kes strok haba

Peningkatan suhu mungkin cecah 44 darjah Celsius pada musim haji

MAKKAH, 7 Zulhijjah 1443H, Khamis – Kementerian Kesihatan Arab Saudi meningkatkan persediaan bagi menangani kes strok haba yang dijangka berlaku ketika musim haji tahun ini, memandangkan peningkatan suhu mungkin mencecah 44 darjah Celsius.

Kementerian telah menyediakan beberapa kemudahan kesihatan di Makkah dan Madinah, lapor agensi Saudi Press.

Sebanyak 238 katil diperuntukkan untuk menerima kes strok haba termasuk 172 katil di hospital Tanah Suci, 51 lagi di Makkah dan 15 katil di Madinah.

Kementerian juga menyediakan sejumlah besar kipas berkabus, yang berkesan dalam menangani kes tekanan haba dan strok haba.

Pada masa sama, kementerian turut mengingatkan jemaah termasuk cara mencegah strok haba dengan memberi amaran terhadap kesan negatif jika terdedah secara langsung kepada matahari.

Kementerian itu turut menyediakan beberapa program pendidikan dan kesedaran kepada jemaah haji melalui misi perubatan serta pelbagai alat pengangkutan dalam pelbagai bahasa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button