Berita UtamaDunia

Boris Johnson letak jawatan PM Britain

Namun akan terus galas tugas sehingga pengganti baharu dilantik

LONDON, 7 Zulhijjah 1443H, Khamis – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meletak jawatan pada Khamis selepas kehilangan sokongan Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen.

Johnson bagaimanapun berkata, beliau akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga penggantinya dilantik.

“Hari ini saya telah melantik Kabinet untuk berkhidmat, sehingga seorang pemimpin baharu dipilih.

“Saya tahu bahawa akan ada ramai orang yang lega dan mungkin agak kecewa.

“Saya mahu anda tahu betapa sedihnya saya kerana melepaskan pekerjaan terbaik di dunia, tetapi inilah masanya,” katanya di luar pejabat beliau di Downing Street.

Johnson terpaksa berundur selepas menterinya dan Ahli Parlimen Konservatif menarik balik sokongan mereka terhadapnya.

Krisis baru-baru ini tercetus selepas Ahli Parlimen Chris Pincher – yang memegang peranan kerajaan yang terlibat dalam penjagaan pastoral – terpaksa berhenti kerana tuduhan beliau meraba-raba lelaki dalam kelab persendirian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button