Berita Utama

Keputusan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai

Perkara itu dimaklumkan oleh ROS dalam satu kenyataan ringkas

KUALA LUMPUR, 7 Zulhijjah 1443H, Khamis – Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh ROS dalam kenyataan ringkas kepada Bernama hari ini.

Mei lepas, UMNO sebulat suara meluluskan Pindaan Perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum, untuk memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada ROS pada 17 Mei, dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata ROS mempunyai masa sehingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button