Lelaki di Mesir saman isteri lahirkan anak sindrom down
Suami dakwa isteri akibatkan penderaan psikologi kerana tak maklumkan keadaan anak sebelum lahir

KAHERAH, 7 Zulhijjah 1443H, Khamis – Seorang lelaki Mesir tergamak memfailkan saman terhadap isterinya kerana melahirkan bayi dalam keadaan sindrom down.
Mahkamah yang mendengar kes itu bagaimanapun memutuskan untuk menolak tuntutan tersebut dan memberikan keadilan kepada wanita itu.
Isteri yang bernama Ghada Al-Absi memberitahu Al-Arabiya bahawa dia terkejut dengan tuntutan undang-undang daripada suaminya.
“Dia meminta pampasan kewangan dan pembatalan kontrak perkahwinan kami selepas saya melahirkan anak perempuan kami, Sidra, yang menghidap sindrom down dan meninggal dunia tidak lama selepas kelahirannya,” katanya.
Ghada berkata, suaminya mendakwa mengalami ‘penderaan psikologi’ akibat kejadian itu.
Suaminya mendakwa, Ghada telah ‘menipunya’ dan menyembunyikan bahawa dia tahu tentang keadaan sebelum anak itu dilahirkan.
Suaminya memberitahu mahkamah bahawa dia ‘didera secara psikologi dan kewangan oleh perkahwinan itu’.
Dia juga dilaporkan memfailkan saman lain menuntut pembatalan novel isterinya yang mengandungi nama anak perempuan mereka.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan memihak kepada Ghada seminggu lalu. – Agensi