Berita UtamaDunia

PEMBELA sambut baik jaminan hak asasi acuan sendiri Pengerusi SUHAKAM

Kita tidak harus tunduk desakan yang rosakkan struktur masyarakat

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 7 Zulhijjah 1443H, Khamis – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyambut baik jaminan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa hak asasi manusia di negara ini akan dibuat mengikut acuan tempatan dan tidak lagi berpaksikan budaya Barat.

“Setuju dengan kenyataan Pengerusi SUHAKAM kerana kita mempunyai budaya dan cara hidup berbeza dengan Barat,” kata Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau yang dihubungi Ismaweb.net menyifatkan jaminan itu sesuatu yang wajar memandangkan konsep yang dibawa Barat bertentangan dengan Islam apatah lagi naluri manusia.

“Hak asasi manusia adalah cara pihak Barat untuk kawal dunia dan kita tidak harus tunduk (desakan) yang akan merosakkan struktur masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi SUHAKAM yang baharu, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad memberi jaminan suruhanjaya di bawah pimpinannya akan membawa nafas baharu yang lebih segar.

Beliau berkata, walaupun perlu mengekalkan tanggungjawab mempertahan hak asasi manusia di bawah Perlembagaan Persekutuan, namun ia akan lebih ke arah acuan sendiri.

“Hak asasi manusia negara ini dibuat bagi menggambarkan Malaysia sendiri dan bersesuaian dengan adat dan budaya tempatan negara kita.

“Walaupun hak asasi manusia hari ini perlu dilihat dalam perspektif yang lebih besar namun kita perlu mengikut adat resam dan budaya tempatan berlandaskan elemen tempatan.

“Apa-apa yang kita setuju atau hak asasi manusia itu mestilah mempunyai kepentingan dari segi ikatan agama, batas-batas agama, adat resam dan kepercayaan selain tidak terlalu eurosentrik, ” katanya.

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/07/06/hak-asasi-manusia-di-malaysia-akan-dibuat-ikut-acuan-tempatan-pengerusi-suhakam/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button