Dunia

Tentera pengganas Israel serang kumpulan nelayan Gaza

Ditembak, diserang dengan hos air hingga terpaksa selamatkan diri

GAZA, 7 Zulhijjah 1443H, Khamis – Tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah nelayan Palestin yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di luar pantai utara Semenanjung Gaza, menurut agensi WAFA. 

Kumpulan nelayan yang berada dalam jarak tiga batu nautika di luar pesisir kawasan al-Waha dan al-Sudaniya serta bandar Jabalia diserang bot tentera Israel dengan tembakan dan hos air sehingga memaksa mereka menyelamatkan diri. 

Dua juta rakyat Palestin tinggal di Semenanjung Gaza berdepan sekatan yang melumpuhkan wilayah itu selama 12 tahun, selain serangan berulang telah merosakkan banyak infrastruktur di kawasan itu.

Penduduk di Gaza kekal di bawah penjajahan jarak jauh dan pengepungan ketat yang memusnahkan ekonomi tempatan, dan menutup punca pendapatan rakyat sehingga menjerumus mereka ke dalam pengangguran serta kemiskinan. 

Gaza kekal sebagai wilayah yang dijajah dan tidak mempunyai kawalan ke atas sempadan, perairan wilayah serta ruang udaranya. 

Sementara itu, rejim pengganas Israel yang kononnya bertanggungjawab sebagai kuasa penjajah gagal menyediakan keperluan asas orang awam Palestin di wilayah berkenaan. 

Setiap dua daripada tiga rakyat Palestin di Gaza adalah pelarian dari kawasan yang kini dikenali sebagai Israel. 

Kerajaan rejim melarang mereka menggunakan hak untuk kembali seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa kerana bukan Yahudi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button