Berita Utama

Waspada penularan COVID-19 menjelang Aidiladha

Amal TRIIS, lakukan ujian kendiri sebelum pulang ke kampung

BANGI, 7 Zulhijjah 1443H, Khamis – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan rakyat Malaysia untuk terus berwaspada terhadap penularan COVID-19 menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha minggu ini.

Beliau berkata, Hari Raya Aidilfitri lalu menyaksikan bilangan kes harian melonjak kepada 3,410 kes pada 12 Mei 2022.

Katanya, ini antara lain berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam kalangan masyarakat dan aktiviti perkumpulan ramai.

“Jadi, menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha ini, teruskan berwaspada apabila pergi menziarahi ahli keluarga.

“Pakai facemask apabila di kawasan tertutup dan sesak, amalkan TRIIS. Lakukan self-test sebelum balik kampung,” katanya dalam kenyataan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Malaysia kembali mencatatkan kes baharu melebihi angka 3,000 iaitu sebanyak 3,561 kes setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah angka jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,582,302 kes.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes lebih 3,000 adalah pada 13 Mei lalu dengan 3,029 kes.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button