Berita UtamaDunia

Bekas PM Jepun mati ditembak

Pihak berkuasa takkan bertolak ansur dengan pembunuh

TOKYO, 8 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia akibat ditembak individu tidak dikenali ketika sedang berucap di sebuah majlis, pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat oleh pegawai kanan dari Parti Demokratik Liberal (LDP), lapor stesen penyiaran Jepun, NHK.

“Abe meninggal dunia di hospital di bandar Kashihara, wilayah Nara pada usia 67 tahun,” menurut laporan tersebut.

Difahamkan insiden tersebut berlaku pada 11.30 pagi Jumaat, waktu tempatan, ketika Abe sedang memberi ucapan sempena kempen pilihan raya Dewan Negara di hadapan penduduk di bandar Nara, berhampiran Kyoto.

Sementara itu, Ketua Menteri Kabinet, Hirokazu Matsuno berkata, seorang lelaki yang dipercayai suspek melepaskan tembakan kini sudah ditahan pihak berkuasa,” kata Ketua Menteri Kabinet, Hirokazu Matsuno.

Matsuno pada masa sama mengecam insiden yang berlaku dan menegaskan pihak berkuasa negara ini tidak akan bertolak ansur dengan semua pihak yang terlibat.

Menurut agensi berita tempatan Jepun, lelaki berkenaan dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, seorang anggota Tentera Laut atau The Japan Maritime Self-Defense Force.

Dia dipercayai melepaskan dua tembakan terhadap bekas Perdana Menteri Jepun itu, mengakibatkan pemimpin berusia 67 tahun itu rebah dan memegang dadanya yang berlumuran darah.

Abe, merupakan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan, antara 2006 hingga 2007, dan 2012 hingga 2020.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah era Junichiro Koizumi pada September 2005. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button