Berita Utama

Kampung baru Cina Selangor mungkin dicalon Warisan Dunia UNESCO

Kerajaan Pusat dan negeri akan bincang tak lama lagi: Kor Ming

BANGI, 24 Rejab 1445H, Isnin – Rancangan sedang dirangka untuk mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Langkah itu bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarahnya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat akan membincangkan butirannya tidak lama lagi.

“Sudah 76 tahun sejak perkampungan baharu di Selangor diasaskan pada 1948.

“Saya akan berhubung dengan kerajaan negeri untuk memulakan kajian mengenai (proses penamaan calon),” katanya seperti dilapor portal The Star Khamis lalu.

Pada Jun tahun lalu, Kor Ming berkata, tujuh kampung telah dipilih sebagai wakil negara untuk diserahkan kepada UNESCO sebagai status Tapak Warisan Dunia.

Antara yang tersenarai adalah Kampung Baru Berapit di Bukit Mertajam dan enam lagi kampung yang terpilih terletak di beberapa negeri lain termasuk Selangor, Perak, Melaka dan Johor.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button