Berita Utama

PRU15: PAS guna logo baharu? Hadi kata masih dalam perbincangan

‘Ubah simbol...nak buat satu simbol baru yang sesuai'

BANGI, 8 Zulhijjah 1443H, Jumaat – PAS mempertimbangkan untuk menggunakan logo baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menggantikan lambang Perikatan Nasional (PN) yang digunakan sebelum ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, isu pengunaan logo dalam pilihan raya akan datang masih lagi dalam perbincangan.

“Kita berbincang untuk mengubah simbol, kita bincang dalam parti nak buat satu simbol yang baru yang sesuai.

“Bukan bendera dahulu, masih dalam perbincangan sebab pilihan raya pun tidak tahu bila,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan.

PAS sebelum ini menerusi laporan menegaskan akan menggunakan logo sendiri di tiga negeri yang dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu belum memutuskan sama ada akan menggunakan logo sendiri atau PN.

24 Jun lalu, Musyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menyarankan partinya menggunakan logo sendiri pada PRU 15.

Katanya, penggunaan logo PAS dilihat bersesuaian selain mampu memberi kelebihan kepada parti itu sekali gus membawa kemenangan.

Katanya, penggunaan logo tersebut disarankan memandangkan logo parti telah dikenali sejak 70 tahun lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button