Berita UtamaDunia

UAE ambil alih operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul

Taliban tidak mahu babitkan kerjasama dengan Qatar dan Turki

DUBAI, 8 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersedia menandatangani perjanjian dengan Taliban bagi mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul di Afghanistan sekali gus mengatasi bidaan daripada Turki dan Qatar.

Taliban sebelum ini merayu Turki dan Qatar untuk mengambil alih operasi lapangan terbang berkenaan yang menjadi penghubung jalan udara utama negara itu dengan dunia luar.

Bagaimanapun terdapat andaian menyatakan UAE akan bekerjasama dengan Turki dan Qatar untuk mengendalikan operasi itu.

Sebaliknya, Taliban secara tegas menjelaskan mahu menyerahkan semua operasi tersebut kepada UAE sahaja tanpa melibatkan dua negara berkenaan.

Perjanjian berkenaan sekali gus memberikan kemenangan kepada UAE dalam perebutan hubungan diplomatik dengan Qatar termasuk memberi pengaruh besar kepada Afghanistan.

Penduduk Afghanistan dijangka akan diberi peluang untuk terlibat dalam operasi di lapangan terbang khusus di bahagian keselamatan.

Taliban sebelum ini menentang keras kemasukan pasukan keselamatan asing untuk terlibat dalam operasi berkenaan.

Bagaimanapun selepas mengadakan lawatan rasmi ke Abu Dhabi, baru-baru ini, kerajaan sementara Taliban bersetuju memberikan khidmat kontrak kepada GAAC Solution, firma yang berpangkalan di UAE.

Kontrak berkenaan melibatkan operasi keselamatan di tiga lapangan terbang lain – Kandahar, Herat dan Mazar- e Sharif untuk dibaik pulih sepenuh. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button