Berita UtamaDunia

Bahrain dikecam kerana layanan buruk terhadap tahanan politik di penjara

Kesihatan Abduljalil al-Singace smakin merosot selepas mogok lapar

MANAMA, 9 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Beberapa kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan Republik Bahrain berkaitan layanan terhadap tahanan politik yang melancarkan mogor lapar sejak setahun lalu.

Abduljalil al-Singace, seorang pengarah dan jurucakap Kumpulan Hak Asasi Manusia bagi Biro Pergerakan Haq untuk Sivil dan Demokrasi dipenjarakan sejak 2011 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa terlibat dengan aktiviti keganasan.

Pada Julai tahun lalu, dia memulakan mogok lapar selepas pihak penjara merampas bahan-bahan penyelidikan daripada sel penjara di Penjara Jaw, timur, Bahrain.

Reporters Without Borders, (RSF) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak berkuasa negara itu membebaskan aktivis berkenaan apabila kesihatannya yang semakin merosot.

Dia turut mengalami sindrom pasca polio selain memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

Ketua RSF, Sabrina Bennoui berkata, bantuan segera perlu diberikan kepada Abduljalil dan tidak boleh membiarkan aktivis berkenaan dibiarkan meninggal dunia dan dilupakan.

“Blogger ini telah dibiarkan di penjara selama 11 tahun, apa yang ditunggu oleh pihak berkuasa lagi untuk mengakui keadaan ini terdesak.

“Kami menggesa pihak berkuasa bertanggungjawab dan membebaskan Abduljalil dengan segera,” katanya.

Menurut RSF, Abduljalil kini dilaporkan mengalami kehilangan berat badan sebanyak 25 kilogram sejak melancarkan mogor lapar.

Malah ahli keluarganya memberitahu RSF, keadaannya sangat lemah, badannya menggeletar.

“Mukanya berada dalam keadaan pucat dan dia hanya bertahan dengan mengambil susu dan teh bersama vitamin,” kata ahli keluarganya.

Sejak kebangkitan Arab Spring 2011, yang menyaksikan ribuan pro demokrasi mengadakan demontrasi jalanan di Bahrain, Negara Teluk telah melancarkan serangan terhadap kumpulan pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia.

Abduljalil antara 13 penunjuk perasaan anti-kerajaan yang ditahan dan disabitkan kesalahan kerana didakwa terlibat menunbuhkan kumpulan pengganas.

Awal minggu ini, Amnesty Antarabangsa menggesa pihak berkuasa Bahrain membebaskan segera tanpa syarat selain memberikan rawatan segera. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button