Berita Utama

Jangan jadikan politik kepartian sempadan bina persaudaraan

Ibadah korban tuntutan agama yang ada falsafah hebat

BANGI, 9 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim mengingatkan umat Islam untuk tidak sesekali menjadikan politik kepartian sebagai sempadan untuk membina persaudaraan.

Menerusi perutusan Aidiladha, beliau mengajak umat Islam membina silaturahim dan ukhuwah merentasi sempadan politik kepartian.

“Budaya berkorban demi agenda agama, bangsa dan negara sepatutnya telah menjadi salah satu susuk tubuh muslim itu sendiri.

“Menafikan kepentingan diri demi kerana agama, bangsa dan negara tidak perlu diperkatakan lagi. Inilah hikmat di sebalik melaksanakan ibadah korban,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengambil peluang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat.

Katanya, melaksanakan ibadah itu, satu tuntutan agama yang di dalamnya ada falsafah yang hebat.

Katanya lagi, falsafah itu perlu dijelmakan dalam kehidupan setiap muslim demi keberanian dan kesiapsiagaan untuk bertembung dengan makna pertembungan yang benar-benar bersedia.

“Sama-samalah kita menjaga keselamatan dan kesihatan diri, ini kerana kita masih belum bebas dari ancaman COVID-19 sepanjang kita meraikan Hari Raya Korban dan ibadah korban,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button