Berita UtamaDunia

Singapura sahkan kes ke-4 cacar monyet

Babit warga India baru pulang dari Jerman

SINGAPURA, 9 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi kes import cacar monyet di Singapura, menjadikan jumlah keseluruhan sejak Jun lalu kepada empat.

Pesakit itu adalah warga negara India berusia 30 tahun yang menetap di republik berkenaan dan baru kembali dari Jerman.

Dia mengalami ruam di kawasan pangkal paha pada 30 Jun dan demam seminggu kemudian pada 7 Julai.

“Lelaki berkenaan mendapatkan rawatan perubatan dan dibawa ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada 7 Julai,” kata Kementerian Kesihatan.

Dia disahkan positif cacar monyet semalam. Pengesanan kenalan sedang dijalankan.

Kementerian Kesihatan berkata, lelaki itu kini dimasukkan ke wad di NCID dan keadaannya stabil.

Kesnya tidak dikaitkan dengan kes cacar monyet lain yang diumumkan kementerian sebelum ini.

Antara empat kes cacar monyet Singapura, tiga adalah diimport dan satu adalah jangkitan tempatan.

Kes cacar monyet pertama Singapura tahun ini adalah kes import.

Pesakit itu adalah warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugari.

Dia dikesan positif pada 20 Jun lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button