Berita Utama

Islam angkat martabat wanita, tapi dia sendiri biar maruah diperkotak-katik

Kandungan media sosial sekarang semakin lama semakin teruk

BANGI, 10 Zulhijjah 1443H, Ahad – Rata-rata netizen kesal dengan tindakan seorang wanita yang menghina Islam ketika membuat persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Tinjauan Ismaweb.net mendapati, pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas wanita itu yang dilihat memalukan agama, bangsa dan negara.

“Mana pejuang-pejuang agama yang dulunya memekak? Bila dah dapat jawatan menteri terus bisu. Tak ada ke nak gubal undang-undang mengenai ‘content’ media sosial yang semakin lama semakin teruk.

“Agama diperkotak-katik. Patut orang-orang macam ini kena hukuman berat,” kata Mohd Zareefkhan Esa.

Azlanadi pula turut senada dengan pandangan itu dan berharap isu berkenaan tidak dipolitikkan oleh pihak tertentu.

“Bab agama jangan buat main.

“Dia nak minta perhatian tapi dengan cara yang salah. Dia tak sedar ke dengan cara dia buat macam itu secara tidak langsung orang bukan Islam akan pandang serong kepada Islam,” katanya.

“Apa motif dia? Islam letakkan kedudukan wanita tinggi tapi kenapa malukan diri sendiri.

“Ramai bersorak selepas dirinya tanggal tudung dan bajunya di kelab itu. Kasihan,” kata Ashikin.

Terdahulu, tular video seorang wanita yang mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di hadapan khalayak ramai.

Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Siti Amirah Natasha Abdullah dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu dilihat mengenakan baju seksi bertali halus (spaghetti strap) berwarna hitam dan skirt singkat paras paha berwarna coklat.

Susulan kontroversi berkenaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan Kelab Komedi Crackhouse ditutup sementara.

Selain itu, polis mengesahkan penangkapan wanita berusia 28 tahun itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button