Berita UtamaDunia

Presiden Sri Lanka setuju letak jawatan minggu depan

‘Hari ini adalah kemerdekaan buat kami, bukan 1948’

COLOMBO, 10 Zulhijjah 1443H, Ahad – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa bersetuju untuk berundur minggu depan selepas menerima desakan untuk beliau melepaskan jawatan. 

Terdahulu, penunjuk perasaan menyerbu kediaman Presiden dan membakar rumah Perdana Menteri untuk melepaskan kemarahan mereka terhadap krisis ekonomi yang semakin teruk.

Speaker Parlimen, Mahinda Yapa Abeywardena dalam satu kenyataan di televisyen berkata, Rajapaksa telah bersetuju untuk meletakkan jawatan pada 13 Julai.

“Keputusan untuk berundur pada 13 Julai telah diambil untuk memastikan penyerahan kuasa secara aman.

“Oleh itu, saya meminta orang ramai menghormati undang-undang dan mengekalkan keamanan,” kata Abeywardena.

Sebelum ini, Rajapaksa telah dipindahkan dari kediaman presiden di Colombo, sebelum beribu-ribu penunjuk perasaan menyerbu bangunan itu, menuntut peletakan jawatannya.

“Hari ini adalah hari kemerdekaan bagi saya yang dilahirkan di negara ini, bukan 1948.

“Kerana hari ini kami telah berjuang untuk kebebasan kami daripada kezaliman dan ahli politik yang rakus dan tamak yang telah membawa negara kita ke tanah kosong,” kata seorang penunjuk perasaan kepada Al Jazeera. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button