Berita UtamaDunia

Ratusan ribu jemaah Palestin tunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid al-Aqsa

Polis Israel sekat jalan raya, adakan pemeriksaan terhadap jemaah

BAITULMAQDIS, 10 Zulhijjah 1443H, Ahad – Puluhan ribu jemaah Palestin menunaikan solat sunat Aidiladha di perkarangan Masjid al-Aqsa walaupun penempatan tentera pendudukan Israel di sana terlalu ramai.

Kira-kira 150,000 jemaah pada hari Sabtu berpusu-pusu menuju Masjid al-Aqsa, tapak ketiga paling suci bagi umat Islam, dari seluruh kota al-Quds, tanah yang diduduki dan Tebing Barat untuk menghadiri solat Aidiladha, atau Hari Raya Korban, lapor agensi berita rasmi Palestin Wafa.

Sejak awal pagi, polis Israel mengadakan berpuluh-puluh sekatan jalan raya dan melakukan pencarian dan pemeriksaan meluas ke atas rakyat Palestin, meminta kad pengenalan mereka di sekitar al-Quds dan lorong-lorongnya dan menghalang ramai daripada memasuki tapak suci itu.

Meskipun sekatan dilakukan secara meluas, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza tetap bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban walau dalam keadaan ekonomi yang teruk.

Hari Raya Aidiladha disambut pada tarikh 10 Zulhijjah setiap tahun.

Umat ‚Äč‚ÄčIslam di kebanyakan negara di seluruh dunia turut menyambutnya pada hari Sabtu.

Manakala Iran dan banyak negara di Asia dan Afrika akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button