Berita UtamaDunia

Roket Russia bedil pangsapuri 15 tingkat Ukraine

15 terbunuh, 20 orang terperangkap dalam runtuhan

KYIV, 10 Zulhijjah 1443H, Ahad – Roket Russia membedil bandar Chasiv Yar di timur Ukraine, memusnahkan bangunan pangsapuri lima tingkat dan membunuh sekurang-kurangnya 15 orang.

Gabenor wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko berkata, kira-kira 20 orang terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Katanya, bandar yang mempunyai kira-kira 12,000 penduduk itu dibedil roket Uragan Russia, yang ditembak daripada sistem bawaan trak.

Wilayah Donetsk adalah salah satu daripada dua wilayah bersama Luhansk yang membentuk wilayah Donbas, di mana pemberontak pemisah memerangi tentera Ukraine sejak 2014.

Minggu lalu, Russia menawan bandar Lysychansk, kubu kuat terakhir penentangan Ukraine di Luhansk.

Selepas rampasan Lysychansk, beberapa penganalisis meramalkan tentera Moscow mungkin akan mengambil sedikit masa untuk berkumpul semula.

Gabenor Luhansk, Serhiy Haidai bagaimanapun berkata, setakat ini tidak ada operasi terhenti yang diumumkan musuh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button