Tarbiyah

Sambutlah legasi perjuangan Nabi dengan penuh keinsafan

Tunduk dan syukur dengan segala nikmat Allah

AIDILADHA ada maksudnya yang tersendiri. Suatu bentuk kembalinya manusia kepada hamba Allah yang paling tinggi nilai pengorbanan dalam diri.

Ia perlu disambut dengan penuh syukur dan taabbud. Ketundukan dan kesyukuran dengan segala nikmat Allah.

Di sebalik syariat haji dan korban, tersirat erti perjuangan Nabi Ibrahim menyebarkan dakwah Islam sehingga ke peringkat pertembungan paling epic sehingga membawa hukum bunuh, namun diselamatkan Allah dengan segala keagunganNya.

Kesyukuran diterjemahkan dengan ketaatan menyembelih anak baginda Nabi Ismail. Kesetiaan yang tinggi lalu dianugerahkan korban seekor kibas.

Artikel berkaitan

Lalu membuka lembaran baru untuk manusia yang beriman sehingga membawa kepada pembinaan generasi manusia dan pembinaan sebuah wilayah Islam, sehingga berkembang menjadi sebuah peradaban yang diteruskan oleh baginda Nabi Muhammad SAW.

Sambutlah legasi perjuangan mereka dengan penuh keinsafan.
Allahuakbar Walillah Hamd.

Ustaz Fahmi Bazlan
Ketua Pemuda BERJASA Pusat

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button