Pendapat

Umat Islam wajib miliki mentaliti imam

Pimpin masyarakat ke arah kebaikan, meski anda tak berjawatan

SALAH satu ciri menonjol Nabi Ibrahim AS adalah mentaliti kepimpinan. Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Aku (Allah) menjadikan kamu (Ibrahim) sebagai pemimpin manusia”, lalu Nabi Ibrahim AS merespon, “Jadikanlah zuriatku sebagai pemimpin juga”.

Imam Ahmad bin Hanbal diriwayatkan berkata, “Seandainya doamu makbul dan doa itu cuma satu, maka mintalah pemimpin yang adil.”

Pemimpin yang adil amatlah penting, kerana dengan keadilannya, seluruh masyarakat menikmati kesejahteraan. Jika pada doa makbul itu anda meminta isteri yang cantik, maka yang menikmati hanya anda seorang.

Pemimpin adalah cerminan pengikut. Di sini, saya ingin bicara dalam konteks kepimpinan kejiranan.

Jika ahli kejiranan aktif dan prihatin, maka akan terlantik seorang pemimpin yang hebat. Jika ahli kejiranan malas dan individualis, Allah akan uji mereka dengan pemimpin yang jahat.

Sempena Aidiladha ini, mari kita terapkan mentaliti imam seperti yang ada pada Nabi Ibrahim AS. Pimpinlah masyarakat ke arah kebaikan, walaupun anda tidak berjawatan. Elakkan duduk diam dan tidak bersosial. Setiap orang boleh menyumbang kepada komuniti.

Salam Aidiladha, moga komuniti kita sejahtera.

Ustaz Bilal Jailani
YDP ISMA Bangi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button