Berita Utama

Wanita hina Islam direman 3 hari

Siasatan lanjut masih diteruskan

BANGI, 10 Zulhijjah 1443H, Ahad – Polis mengesahkan telah menahan wanita yang didakwa menghina Islam ketika persembahan di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur semalam.

Suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, suspek wanita itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa.

“Pada masa ini, suspek ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Siasatan USJT dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video yang memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran, sehingga mengundang kemarahan umat Islam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button