Berita UtamaDunia

Ukraine gesa penduduk tinggalkan selatan Kherson

Dijangka berlaku pertempuran, orang awam tak patut jadi perisai

KYIV, 11 Zulhijjah 1443H, Isnin – Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk menggesa orang awam di wilayah selatan Kherson – yang diduduki Russia – segera berpindah tatkala tentera sedang menyediakan serangan balas di sana.

“Sudah jelas akan berlaku pertempuran, akan ada tembakan artileri… oleh itu kami menggesa (orang ramai) untuk berpindah dengan segera,” katanya di televisyen nasional.

Beliau tidak dapat menyatakan waktu tepat serangan balas akan berlaku.

Ukraine kehilangan kawalan ke atas sebahagian besar wilayah Laut Hitam Kherson, termasuk ibu kota pada minggu pertama selepas pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu.

“Saya tahu pasti bahawa tidak sepatutnya ada wanita dan kanak-kanak di sana, dan mereka tidak seharusnya menjadi perisai manusia,” katanya.

Pihak berkuasa Kherson yang ditempatkan di Russia berkata, mereka mahu mengadakan referendum untuk berpisah dengan Russia, bagaimanapun belum menetapkan tarikhnya.

Kremlin berkata, masa depan wilayah itu harus ditentukan oleh penduduknya.

Wilayah Kherson termasuk bandar Kherson, yang sebelum perang mempunyai populasi hampir 300,000.

Tidak diketahui berapa ramai penduduk kota itu yang masih berada di sana. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button