Berita UtamaDunia

IUMS gesa Hamas pertimbang pulih hubungan dengan rejim Assad

Ismail Haniyeh berjanji bincang usul dalam mesyuarat biro

GAZA, 11 Zulhijjah 1443H, Isnin – Ulama Islam menggesa Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mempertimbangkan semula keputusan baru-baru ini untuk memulihkan hubungan dengan rejim Assad Syria.

Menegaskan bahawa langkah itu mengandungi kesalahan besar, Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) berkata, keputusan yang bercanggah dengan prinsip, nilai, dan undang-undang Islam, perlu dikaji semula.

Ia mengambil kira perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ulama Islam.

Kenyataan itu – yang telah ditandatangani oleh beberapa ulama Islam terkemuka – berkata bahawa Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh telah berjanji kebimbangan pertubuhan itu akan diambil kira pada mesyuarat biro yang akan datang.

Pada 26 Jun lalu, pemimpin kanan ini untuk hubungan dengan negara-negara Islam dan Arab, Khalil al-Hayy memberitahu media Al Akhbar bahawa pergerakan itu telah berusaha untuk memulihkan hubungan dengan rejim Assad selepas 10 tahun terhenti.

Sejak 1999, Hamas telah menggunakan Damsyik sebagai ibu pejabat untuk kepimpinannya di luar negara, sehingga 2012 apabila kumpulan itu meninggalkan negara berkenaan berikutan meletusnya konflik Syria.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button