Dunia

Omicron: Wujud lagi mutasi baharu didakwa lebih cepat merebak

Vaksin, penggalak masih pertahanan terbaik COVID-19

NEW DELHI, 11 Zulhijjah 1443H, Isnin – Varian COVID-19, Omicron didakwa mewujudkan mutasi baharu yang mudah merebak dan membimbangkan kumpulan saintis apabila dikesan di India serta banyak negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

Para saintis mengatakan varian – dipanggil BA.2.75 – mungkin boleh merebak dengan cepat dan mengatasi tahap imuniti daripada vaksin serta jangkitan sebelumnya.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada ia boleh menyebabkan jangkitan lebih serius daripada varian Omicron lain, termasuk BA.5 yang kini terkenal di seluruh dunia.

“Masih terlalu awal untuk kami membuat banyak kesimpulan. Tetapi nampaknya khusus di India, kadar transmisi menunjukkan peningkatan. 

“Namun, sama ada ia akan mengatasi BA.5, masih belum kita ketahui,” kata Pengarah Virologi Klinikal di Rochester, Minnesota, Matthew Binnicker.

Menurut maklumat kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, varian baharu itu hakikatnya telah dikesan di banyak bahagian dunia walaupun tahap pengawasan virus yang lebih rendah, maka ia petunjuk awal BA.2.75 lebih cepat merebak.

Mutasi terbaharu itu telah dikesan di beberapa negeri di India, dan dikatakan ia lebih cepat merebak daripada varian lain di sana, kata saintis di New Delhi, Lipi Thukral.

Malah, ia juga dikesan di kira-kira 10 negara lain, termasuklah Australia, Jerman, United Kingdom dan Kanada.

Setakat ini, pakar mengatakan vaksin dan dos penggalak masih pertahanan terbaik daripada jangkitan COVID-19 yang teruk.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button