Berita Utama

Tajuddin digugur jawatan Duta Besar ke Indonesia?

Nama MP Pasir Salak disahkan tiada dalam senarai penerima watikah

BANGI, 11 Zulhijjah 1443H, Isnin – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Menurut laporan portal Free Malaysia Today (FMT), perkara itu disahkan sumber kerajaan.

Memetik sumber berkenaan, nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Katanya, kerajaan ‘berubah hati’ mengenai pelantikan Tajuddin.

“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya memetik laporan FMT.

FMT dalam laporannya mendakwa bahawa Tajuddin ketika dihubungi enggan mengulas dan meminta merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

Sebelum ini, media melaporkan Tajuddin digugurkan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO menerusi satu surat bertarikh 21 Jun.

Bagaimanapun, pengguguran itu menyebabkan ramai pihak mendesak Tajuddin turut digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan, pelantikan Tajuddin telah diluluskan oleh Kabinet serta dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button