Berita UtamaDunia

4 syarikat pembekal tenaga Britain bankrap, ribuan rumah berdepan bil tinggi

Dua juta pelanggan terkesan dengan kejatuhan pembekal

LONDON, 6 Rabiulawal 1443H, Rabu – Ribuan rumah berdepan bil elektrik yang lebih tinggi berikutan empat lagi syarikat pembekal tenaga Britain akan diumumkan bankrap.

Syarikat berkenaan akan berada sebaris dengan beberapa pembekal yang telah menghentikan perniagaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana harga mencecah paras tertinggi, menyebabkan banyak syarikat sukar menghadapi kenaikan kos.

Kerajaan dan pengawal selia tenaga Ofgem membuat pengumuman hari ini, setelah ia memberi peringatan bahawa lebih banyak syarikat berisiko bankrap, lapor Sky News.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 12 syarikat pembekal tenaga Britain ‘merudum’ tahun ini, mempengaruhi lebih daripada 2 juta pelanggan.  

Keadaan itu akan mengakibatkan 1.7 juta rumah berdepan situasi yang sama jika empat syarikat lagi bankrap minggu ini.

Syarikat-syarikat tersebut merupakan antara berjuta-juta warga Britain yang telah mengalami ketidaktentuan berikutan pandemik COVID-19 selama 18 bulan terakhir.

Kini mereka menghadapi krisis kewangan di tengah kenaikan bil elektrik, kenaikan harga makanan dan kenaikan cukai akhir tahun ini.

Rabu lalu, harga gas di AS melonjak dari 1 paun per unit mencapai 400 pence per term atau lebih daripada AS$230 setong minyak setara.  

Jumlah itu meningkat lebih dari satu pertiga dalam sehari dan sekarang 600 peratus lebih tinggi daripada awal 2021. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button